SELAMAT KHAZANAH NEGARA

Lelongan Wang Kertas Asia Yang Paling Tinggi

Kumpulan CIMB berjaya membawa pulang enam keping wang kertas pertama Malaysia ke negara ini selepas membidanya sehingga 100,000 pound sterling (RM639,000) pada satu majlis lelongan di London oleh Spink pada 8 October 2007.

Ringgit pertama yang dicetak pada tahun 1967 itu memiliki tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tun Ismail Mohamed Ali. Lima keping wang kertas ini masing-masing bernilai RM1, RM5, R M50, RM100, RM1,000 dan memiliki nombor siri A/1 000001.

5 keping wang kertas siri pertama ini dihadiahkan oleh Tun Ismail Mohamed Ali kepada Agong pertama ketika itu lengkap bersama folder rasmi BNM 1967. Menurut kenyataan CIMB, lelongan khazanah negara ini telah dianjurkan oleh pakar jurulelong profesional, Spink di London pada Oktober 2007.

“Sebaik sahaja mendengar berita mengenai lelongan tersebut, kami bertindak segera untuk menyelamatkan khazanah bernilai itu agar ia tidak jatuh ke tangan orang lain dengan menyertai lelongan yang dikuasai pelabur luar negara menerusi bidaan awalnya sebanyak 30,000 pound sterling (RM191,700),” katanya. Kejayaan tersebut telah mencatat rekod bidaan untuk Spink daripada aspek wang kertas Asia.

Wang kertas unik tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Md. Nor Yusof kepada Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan disaksikan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak selepas majlis pelancaran CIMB-Principal Islamic Asset Sdn. Bhd.

Source:Gallery Simerah Selangga, Fasha Aminophylline Murshida

 http://dniewcollectors.blogspot.com/2011/05/malaysia-numismatic-newsthe-worlds-most.html

2 comments:

  1. Hope these make it to the Sasana Kijang museum, love to see these up close and personal.

    ReplyDelete
  2. Hi aaronapng'
    I do hope it makes it to Sasana Kijang museum.

    ReplyDelete